Tuesday, August 5, 2008

Sejarah Penubuhan KPB

Sempena Bulan Bidang pada bulan Mac lalu, kami pelajar tingkatan Enam seramai 15 orang dan seorang pelajar tingkatan empat bersama-sama guru pembimbing Puan Zaiton Ismail telah merancang untuk membuat Buletin Bahasa. Semasa dalam proses menyiapkan bulletin ini, kami telah menubuhkan satu kumpulan kecil untuk agihan tugas. Kumpulan kami dinamakan sebagai, Kumpulan Pencinta Bahasa (KPB) SEGAR 2008. Buletin yang kami hasilkan diberi tajuk Wara-Wara Bahasa yang berbentuk mini majalah. Wara-wara bahasa ini diterbitkan untuk menambah pengetahuan pelajar-pelajar sekolah berkenaan bahasa Malaysia. Dengan dorongan Pn. Zai , beliau menyarankan agar kumpulan kami ini terus hidup dan aktif.
Pada edisi pertama KPB SEGAR 2008, kami telah mengetengahkan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa Malaysia seperti salasiah bahasa Melayu, tokoh bahasa, segmen kenali guru segar, isu pencemaran bahasa yang tiada penghujungnya, pedoman penterjemah, cetusan kreatif (cerpen, sajak dan komedi), analisis keputusan peperiksaan bahasa Malaysia SEGAR pada tahun 2007, senyum sikit dan sebagainya. Kami telah juga telah menjalankan peraduan teka silang kata dan mencari benda tersembunyi. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga SEGAR dan tanpa disangka-sangka, kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Namun begitu, kami juga mengharungi pelbagai dugaan untuk menyiapkan Wara-wara bahasa edisi pertama ini. Alhamdulillah pada bulah April, wara-wara bahasa edisi pertama siap sepenuhnya dan kami telah menjualnya kepada semua pelajar kelas sesi pagi dan sesi petang.
Daripada pengalaman membuat Wara-wara Bahasa edisi pertama, kami sekali lagi merangka Wara-wara Bahasa edisi kedua. Pada bulan Jun yang lalu, kami bersama-sama guru pembimbing telah berkumpul dan merancang tugasan dengan lebih teliti supaya bahan yang akan kami ketengahkan lebih mantap dan dapat memberi faedah kepada pembaca. Antara bahan yang kami ketengahkan ialah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, isu bahasa, segmen kenali guru SEGAR, bukakan minda, cetusan kreatif dan tidak ketinggalan juga kami sekali lagi menganjurkan peraduan mencari benda tersembunyi.
Di samping menerbitkan mini majalah, kami juga akan mengadakan aktiviti lawatan bagi menambahkan pengetahuan. Maklumlah banyak berjalan luas pemandangan. Kami juga turut merancang untuk berbuka puasa bersama-sama apabila tiba bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti. Tujuan aktiviti adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan guru. Dalam sibuk-sibuk membuat Wara-wara Bahasa ini, kami sebagai pelajar STPM yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang “Gempak”. Kepada guru pembimbing iaitu Puan Zai, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. Kami mendoakan agar Puan Zai sentiasa panjang umur dan ceria selalu. Tidak lupa kepada ahli KPB SEGAR 2008 yang banyak memberi kerjasama bagi menjayakan Wara-wara Bahasa ini. Sekian daripada kami ahli KPB SEGAR 2008

Ahli Jawatankuasa KPB SEGAR

GURU PEMBIMBING
Puan Zaiton Binti Ismail

KETUA EDITOR
Ilya Sazuani Binti Radzuan

PENOLONG KETUA EDITOR
Zulkarnain Bin Azman
Muhammad Hasif Bin Ibrahim

PEREKA GRAFIK
Mohammad Shahrizal
Ong See How
Rajwin Kaur

WARTAWAN
Najwa
Nurul Ain
Sermahal
Kishanthini
Norfarahidayu
Mohd Azlan
Amin Ziqree
Ahmad Fakhri
Liyana
Irma
Melvin

Cetusan Kreatif

Cetusan Kreatif

Teman

Teman,
Saat hujan renyai-renyai
Aku terkenang pada masa dulu
Saat kau bersamaku
Tidak mengira suka mahupun duka.
Teman,
Seribu kesyukuran kupanjatkan ke Ilahi
Kerana aku dihadiahi teman sepertimu
Untuk mengisi kekurangan
Untuk mengisi kekosongan hati
Teman,
Kenapa kau tiba-tiba berubah hati??
Diriku ini kau tak pedulikan lagi
Bayangmu kukejar tapi kau semakin jauh
Apakah salahku? Apakah dosaku?
Teman,
Sekarang aku lebih mengerti
Pertemuan dan perpisahan di tangan tuhan
Dan aku juga mengerti akan diriku
Aku tahu, aku bukanlah insan yang
Sempurna untuk mendambakan teman
Sepertimu...
Teman,
Aku tahu kesilapanku padamu
Aku tahu engkau telah lama memendam rasa
Maafkanlah diriku, kalau itu jalan
Untuk membahagiakanmu
Aku rela melepaskan seorang
Teman yang begitu istimewa sepertimu
Teman...


Cerita 1

Jam menunjukkan tepat 8 pagi apabila Encik Ali masuk ke kelas untuk memulakan pengajarannya. Beliau terus memanggil pelajar yang bernama Fadil.

En Ali: Fadil sila bangun!!!
Fadil : Ya cikgu!!
En Ali: Sudahkah awak menghafal sifir 8???
Fadil : emmmmm...su..sudah cikgu.

En Ali: Kalau begitu 7 darab 8 berapa???
Fadil :emmmmm...LU FIKIRLAH SENDIRI..
En Ali: jangan main-main Fadil..berapa jawapannya??
Fadil : LU FIKIRLAH SENDIRI..
En Ali: budak ni betul-betul biadap ni!!!
Fadil : O.K LAH TU...
En Ali: Nak kena budak ni....Nah,rasakan!!!..
( En Ali telah menarik telinga dan menampar bibir Fadil kerana telah biadab dengan gurunya. Tiba-tiba fadil menjerit.)
Fadil : YAHOOO...Akhirnya impian aku nak menjadi Nabil Raja Lawak telah tercapai..
En Ali: Arrrggghhhhh......
( sejak peristiwa itu ,cerita Fadil ini menjadi cerita lucu yang diceritakan kepada cucunya.)
INGATAN!! Jangan terlampau taasub dengan dunia hiburan sehingga terlupa pelajaran ye kawan- kawan.!!!! Ada mulut berkatalah benar, ada telinga dengarlah nasihat, ada otak LU FIKIRLAH SENDIRI

Cerita 2

Ana mempunyai masalah mulut berbau sejak kecil lagi. Dia teringin keluar bersama dengan Johan yang juga mempunyai masalah iaitu badan berbau. Pada suatu hari Ana telah meminta ibunya supaya memberikan petua yang dapat mengurangkan masalah bau mulutnya. Ibunya telah memberi nasihat agar jangan banyak ketawa terbahak-bahak ketika berbual. Johan juga telah bertanyakan kepada rakannya yang juga telah memberikan tips agar dapat mengurangkan bau badannya iaitu menyembur banyak minyak wangi apabila duduk bersebelahan dengan kekasihnya. Ana dan Johan telah bertemu di sebuah restoran. Mereka berbual-bual dengan penuh keseronokan. Ketika mereka seronok berbual, Ana telah ketawa dengan sekuat-kuat hatinya. Johan terus mencari minyak wanginya kerana sangkanya bau badannya yang amat kuat telah merebak. Johan terus beredar kerana malu jika Ana mengetahui masalah bau badannya.

Biar Cinta Pergi

“Nah…”Azmi meletakkan kertas soalan Pengajian Am2 di atas meja Fazura. “siapkan hari ni tau. Lepas rehat subjek Pengajian Am 2. Kerja ni dah dua minggu tertunggak. Cikgu dah bising”. Azmi tersengih sambil menggaru kepala.
“Tapi kita nak rehat,” Fazura menunjukkan muka manja cuba untuk meraih simpati Azmi.
“Ala…janganlah awak…cikgu dah “warning”kita kalau tak siap graf ni, dia halau keluar kelas. Awak nak ke teman lelaki awak ni kena halau keluar?” kini giliran Azmi pula cuba meraih simpati Fazura. Fazura membelek soalan sambil cuba memahami kehendak soalan.
“Awak, soalan ni senang la… kenapa tak boleh jawab?”
“Bukan tak boleh jawab, tapi tak cukup masa.”Azmi tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Sesungguhnya Azmi seorang lelaki yang kacak. Dia memiliki kulit yang cerah. Wajahnya bisa memikat sesiapa sahaja. Di sekolah ini sahaja aku mendapat banyak saingan. Dia terlalu popular apatah lagi dia pemain utama bola sepak . Semua gadis tergila-gilakannya. Aku bangga menjadi kekasih orang yang popular seperti dia. Aku bangga kerana dalam ramai-ramai wanita, aku menjadi pilihannya.
“Siapkan tau….nanti saya belikan awak makanan.” Fazura hanya mengangguk walaupun jauh di sudut hatinya, dia terasa seperti di buli oleh kekasih sendiri.
“Mana?” soal azmi

“Kau buat apa tu?”
Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang
“Aku nak siapkan kerja rumah” Fazura cuba berselindung. Dengan kasar Iqram merampsas kertas dari tangan Fazura. Dia buli kau lagi ke?”
“Tak...aku cuma..belum sempat Fazura brkata-kata suara Azmi bergema.
“hey, Iqram!” dari satu sudut yang lain, kedengaran satu suara yang agak garang,
“Ha muncul pun kau. Elok jugak, tak payah aku susah-susah cari kau satu sekolah ni.” Iqram menghampiri Azmi.
“Apa kau nak hah?” Tanya azmi dengan suara yang tinggi..
“Eh, kau tak payah menjerit la… aku tak pekak macam kau.”
“Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?”
“Memang aku tak puas hati dengan kau. Kenapa kau buli Fazura?” kedengaran azmi ketawa geli hati.
“Kau demam ke? Kau tau tak Fazura tu siapa? Dia awek aku. Suka hati aku lah nak buat apa dengan dia. Kau nak sibuk apa hal?”
Azmi dengan angkuh mengingatkan Iqram tentang kedudukan Fazura.
Mendengar kata-kata itu, hati Iqram membara. Tanpa berfikir panjang, dia menghadiahi Azmi penumbuk di pipi gebunya. “huh…baru puas hati aku.”
Iqram senyum puas hati. Selang beberapa saat tiba-tiba dia merasakan pipinya seolah-olah bengkak. Baru dia sedar rupa-rupanya dia baru sahaja menerima tamparan wanita.
“Boleh tak kau jangan sibuk lagi hal aku.?” Marah Fazura.
“Tapi Zura, aku cuma nak…”
“Kau tiada hak ke atas aku. Apapun tindakan Azmi terhadap aku, dia berhak kerana dia teman lelaki aku.” Tegas Fazura lagi
“Tidak Zura, dia tidak berhak kerana dia hanya teman lelaki. Kau tak sedar ke, dia cuma ingin mengambil kesempatan atas kau.
“Aku rela.” Iqram mengerutkan dahi.
Dia tak sangka Fazura sudah jauh berbeza. Dia tidak seperti Fazura yang dulu.
“Aku rela kerana aku cintakan dia. Jadi kau tak perlu masuk campur.” Iqram kecewa dengan sikap Fazura. Tanpa berfikir panjang dia berlalu.
Malam itu Fazura sibuk menaip kertas kerja Azmi. Petang tadi Azmi menyuruhnya menaip bahan untuk pembentangan esok.
Tanpa memprotes, Fazura hanya menurut. Tak mahu bergaduh dengan Azmi hanya kerana perkara kecil ini.
Sejak bercinta dengan Azmi, Fazura tidak lagi dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Kadang kala masanya dihabiskan dengan menyiapkan kerja rumah Azmi dan termenung memikirkan hubungan mereka. Keputusannya semakin merosot. Kalau biasanya dia mendapat poin 3 atas dalam ujian sebelum ini,tetapi untuk peperiksaan pertengahan tahun ini dia cuma mendapat 2.1 poin sahaja.
Fazura pening memikirkan masalah antara dia dan Azmi. Begitu juga dengan Iqram. Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan Iqram. Dulu dia rapat dengan Iqram.Mereka berkawan sejak kecil lagi. Disebabkan Azmi, dia telah menampar lelaki itu walaupun dia tahu niat lelaki itu murni.
“Iqram maafkan aku” bisik hati kecilnya.
Tanpa dipinta air matanya mengalir laju.

Keesokan paginya, Fazura sengaja datang awal ke sekolah kerana dia ingin membaca buku di dalam kelas. Tiba sahaja di kelas ,dia dapati hanya dia yang berada di situ.
Dia tidak menjenguk ke kelas Azmi kerana dia yakin Azmi belum sampai lagi. Selepas meletakkan beg di atas meja, dia melangkah ingin pergi ke tandas. Ketika ingin melangkah mendaki tangga cuping telinganya menangkap satu suara yang cukup dikenali.
Perlahan-lahan dia menghampiri arah suara itu datang. Ternyata suara itu datang dari sebelah kelasnya iaitu kelas Azmi.
“Sampai bila awak nak mainkan budak lurus bendul itu?”
“Sampai saya tak perlukan dia lagi. Lagipun kalau saya putus dengan dia, siapa nak tolong buatkan semua kerja? Awak bukan nak tolong pun. Lagipun saya dah lama berdendam dengan Iqram kerana dia selalu menjadi pelajar terbaik. Semua guru nak samakan saya dengan dia.
Kalau saya putus hubungan dengan Fazura, mesti Iqram naik daun. Lagipun…
Bicara Azmi terhenti tatkala melihat Fazura
Fazura tersentak dengan perbualan yang didengarnya. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang dicintai dan dipuja selama ini rupa-rupanya tidak pernah ikhlas mencintainya.
Tanpa menunggu lama, dia terus berlari laju menuju ke tandas. Di sana dia meluahkan segala yang terbuku di kalbu. Dia menangis semahunya.
Masa berlalu pergi… Walaupun dia dengan Azmi saling bertemu di sekolah namun sejak berpisah, belum pernah mereka berbicara walau sepatahpun.
Bagi Fazura ,dia nekad melepaskan cinta itu pergi kerana cinta itu hanya dia yang merasa. Betul kata Iqram. Ini bukan masanya untuk saya termenung dan menangis tanpa memikirkan masa hadapan.
Masa semakin suntuk…
Aku perlu melakukan sesuatu untuk menebus semua masa yang telah aku abaikan bersama Azmi dahulu. Sekarang aku bertekad. Tiada lagi cinta selagi cita-citaku untuk menjadi seorang peguam belum tercapai.
Untuk itu, aku perlu belajar dengan lebih tekun. Iqram, sahabat sejatiku sudi membantuku. Kami belajar bersama-sama hampir setiap waktu.
“Fazura, suatu hari nanti aku pasti akan meluahkan perasaan ini, tapi untuk sementara waktu biarlah perasaan ini menjadi rahsiaku sendiri kerana aku tidak mahu menjejaskan pelajaran untuk cinta yang belum pasti.”

“CINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM KITA MENCINTAI ORANG LAIN”













PERINGATAN: JIKA CINTA ITU MENYUSAHKAN DAN MENGHILANGKAN TUMPUAN TERHADAP PELAJARAN, ADALAH LEBIH BAIK KITA BIARKAN CINTA ITU PERGI...

Lawak Ke.....


Sesal Kemudian Tidak Berguna

Cetusan kreatif

Sesal kemudian tidak berguna

Ketika berusia setahun ibu menyuapkan makanan dan mendidik kita. Cara kita mengucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang malam.
Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang lalu kita mengucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Apabila berusia 7 tahun, ibu memberikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih dengan memecahkan tingkap jiran.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah ,kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita mengucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun ibu menyuruh memakai pakaian yang menutup aurat, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan memberi tahu bahawa pakaian itu tidak sesuai.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama ,kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun. Semasa bercuti, kita asyik mengunci pintu bilik.
Ketika itu, ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.
Menjelang usia remaja, 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama dengan kawan-kawan
Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa atau tidak. Kita mengatakan bahawa “itu bukan urusan ibu”. Apabila berusia 21 tahun, ibu memberikan pandangan mngenai kerjaya, Kita kata “saya tak mahu jadi seperti ibu”.
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayang akan kita, tapi kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat petua mengenai penjagaan bayi, kita berkata “....itu dulu!”.
Ketika berusia 40 tahun ,ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata “kami sibuk tak ada masa nak balik”.
Apabila berusia 50 tahun ibu jatuh sakit dan meminta menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
Kemudian pada satu hari, kita mendapat ibu meninggal dunia!!! Khabar itu bagaikan petir!!!! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Info Kesihatan

Info kesihatan


Makanan
Khasiat
Lobak merah
Amat baik untuk gigi,mengatasi keletihan,mencegah jangkitan kuman dan bakteria,menjaga sistem saraf,awet muda ,mencerahkan mata ,mencerdaskan akal,melawaskan buang air kecil,membaiki hati dan membasmi kelupaan
Kuning telur
Menangani masalah lemah daya ingatan,lemah daya tumpu,sering lupa,akal tumpul,badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran,mengantuk semasa membaca,sering menguap,tidak minat belajar dan bekerja, dan dapat mengawal perasaan marah
Kacang hazel
Mengatasi masalah sakit kepala,menjaga kesihatan saraf,menghilangkan keletihan,menurunkan kolesterol,memulihkan kencing manis,memulihkan darah tinggi, memperbaik sistem saraf,menjauhi barah,dan sebagai sumber anti-pengoksidaan
Buah kismis
Baik untuk kerongkong,menghilangkan batuk,menghilangkan kahak,menormalkan kandungan air kencing,menguatkan perut,menyejukkan perut,membantu mencerdaskan akal,menguatkan saraf,menghilangkan sakit hempedu,menghindarkan keletihan,dan merawat sakit jantung.
Minyak sapi
Boleh memecahkan bisul di permukaan kulit,