Cetusan kreatif
Sesal kemudian tidak berguna
Ketika berusia setahun ibu menyuapkan makanan dan mendidik kita. Cara kita mengucapkan terima kasih kepadanya hanyalah menangis sepanjang malam.
Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang lalu kita mengucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Apabila berusia 7 tahun, ibu memberikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih dengan memecahkan tingkap jiran.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah ,kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita mengucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun ibu menyuruh memakai pakaian yang menutup aurat, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan memberi tahu bahawa pakaian itu tidak sesuai.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama ,kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun. Semasa bercuti, kita asyik mengunci pintu bilik.
Ketika itu, ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.
Menjelang usia remaja, 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama dengan kawan-kawan
Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa atau tidak. Kita mengatakan bahawa “itu bukan urusan ibu”. Apabila berusia 21 tahun, ibu memberikan pandangan mngenai kerjaya, Kita kata “saya tak mahu jadi seperti ibu”.
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayang akan kita, tapi kita mengucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat petua mengenai penjagaan bayi, kita berkata “....itu dulu!”.
Ketika berusia 40 tahun ,ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata “kami sibuk tak ada masa nak balik”.
Apabila berusia 50 tahun ibu jatuh sakit dan meminta menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
Kemudian pada satu hari, kita mendapat ibu meninggal dunia!!! Khabar itu bagaikan petir!!!! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment