Info Bidalan
Info bahasa dan maksudnya...
BIDALAN...
1.Adat periuk berkerak,adat lesung berdedak.
-jika ingin kemewahan,mestilah ada usaha.
2.Belum duduk,sudah berlunjur.
-belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
3.Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian.
-buat kerja yang susah dahulu,yang senang dibuat kemudian.
4.Bersihkan halaman sendiri dahulu,baru bersihkan halaman orang.
-betulkan kesalahan sendiri sebelum betulkan kesalahan orang lain.
5.Cicir dipungut,hilang dicari.
-jangan melakukan pembaziran.
6.Daripada bersahabat dengan orang bebal,lebih baik berseteru dengan
orang berakal.
-bermusuh dengan orang pandai lebih baik elok daripada berkawan
dengan orang bodoh.
7.Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati.
-Jika tutur katanya elok,seseorang itu akan disayangi semasa ia
hidup,jika budinya banyak,seseorang itu akan dikenanag walaupun ia
telah mati.
8.Gading pada gajah yang sudah dikeluarkan itu bolehkah dimasukkan
semula ?
-Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula.
9.Hempas tulang berisi perut.
-Hidup akan menjadi senang dengan kewujudan kerajinan.
10.Jalan peliharakan kaki,berkata peliharakan lidah.
-Berhati-hati dalam semua perkara.
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment