“Nah…”Azmi meletakkan kertas soalan Pengajian Am2 di atas meja Fazura. “siapkan hari ni tau. Lepas rehat subjek Pengajian Am 2. Kerja ni dah dua minggu tertunggak. Cikgu dah bising”. Azmi tersengih sambil menggaru kepala.
“Tapi kita nak rehat,” Fazura menunjukkan muka manja cuba untuk meraih simpati Azmi.
“Ala…janganlah awak…cikgu dah “warning”kita kalau tak siap graf ni, dia halau keluar kelas. Awak nak ke teman lelaki awak ni kena halau keluar?” kini giliran Azmi pula cuba meraih simpati Fazura. Fazura membelek soalan sambil cuba memahami kehendak soalan.
“Awak, soalan ni senang la… kenapa tak boleh jawab?”
“Bukan tak boleh jawab, tapi tak cukup masa.”Azmi tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Sesungguhnya Azmi seorang lelaki yang kacak. Dia memiliki kulit yang cerah. Wajahnya bisa memikat sesiapa sahaja. Di sekolah ini sahaja aku mendapat banyak saingan. Dia terlalu popular apatah lagi dia pemain utama bola sepak . Semua gadis tergila-gilakannya. Aku bangga menjadi kekasih orang yang popular seperti dia. Aku bangga kerana dalam ramai-ramai wanita, aku menjadi pilihannya.
“Siapkan tau….nanti saya belikan awak makanan.” Fazura hanya mengangguk walaupun jauh di sudut hatinya, dia terasa seperti di buli oleh kekasih sendiri.
“Mana?” soal azmi
“Kau buat apa tu?”
Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang
“Aku nak siapkan kerja rumah” Fazura cuba berselindung. Dengan kasar Iqram merampsas kertas dari tangan Fazura. Dia buli kau lagi ke?”
“Tak...aku cuma..belum sempat Fazura brkata-kata suara Azmi bergema.
“hey, Iqram!” dari satu sudut yang lain, kedengaran satu suara yang agak garang,
“Ha muncul pun kau. Elok jugak, tak payah aku susah-susah cari kau satu sekolah ni.” Iqram menghampiri Azmi.
“Apa kau nak hah?” Tanya azmi dengan suara yang tinggi..
“Eh, kau tak payah menjerit la… aku tak pekak macam kau.”
“Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?”
“Memang aku tak puas hati dengan kau. Kenapa kau buli Fazura?” kedengaran azmi ketawa geli hati.
“Kau demam ke? Kau tau tak Fazura tu siapa? Dia awek aku. Suka hati aku lah nak buat apa dengan dia. Kau nak sibuk apa hal?”
Azmi dengan angkuh mengingatkan Iqram tentang kedudukan Fazura.
Mendengar kata-kata itu, hati Iqram membara. Tanpa berfikir panjang, dia menghadiahi Azmi penumbuk di pipi gebunya. “huh…baru puas hati aku.”
Iqram senyum puas hati. Selang beberapa saat tiba-tiba dia merasakan pipinya seolah-olah bengkak. Baru dia sedar rupa-rupanya dia baru sahaja menerima tamparan wanita.
“Boleh tak kau jangan sibuk lagi hal aku.?” Marah Fazura.
“Tapi Zura, aku cuma nak…”
“Kau tiada hak ke atas aku. Apapun tindakan Azmi terhadap aku, dia berhak kerana dia teman lelaki aku.” Tegas Fazura lagi
“Tidak Zura, dia tidak berhak kerana dia hanya teman lelaki. Kau tak sedar ke, dia cuma ingin mengambil kesempatan atas kau.
“Aku rela.” Iqram mengerutkan dahi.
Dia tak sangka Fazura sudah jauh berbeza. Dia tidak seperti Fazura yang dulu.
“Aku rela kerana aku cintakan dia. Jadi kau tak perlu masuk campur.” Iqram kecewa dengan sikap Fazura. Tanpa berfikir panjang dia berlalu.
Malam itu Fazura sibuk menaip kertas kerja Azmi. Petang tadi Azmi menyuruhnya menaip bahan untuk pembentangan esok.
Tanpa memprotes, Fazura hanya menurut. Tak mahu bergaduh dengan Azmi hanya kerana perkara kecil ini.
Sejak bercinta dengan Azmi, Fazura tidak lagi dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Kadang kala masanya dihabiskan dengan menyiapkan kerja rumah Azmi dan termenung memikirkan hubungan mereka. Keputusannya semakin merosot. Kalau biasanya dia mendapat poin 3 atas dalam ujian sebelum ini,tetapi untuk peperiksaan pertengahan tahun ini dia cuma mendapat 2.1 poin sahaja.
Fazura pening memikirkan masalah antara dia dan Azmi. Begitu juga dengan Iqram. Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan Iqram. Dulu dia rapat dengan Iqram.Mereka berkawan sejak kecil lagi. Disebabkan Azmi, dia telah menampar lelaki itu walaupun dia tahu niat lelaki itu murni.
“Iqram maafkan aku” bisik hati kecilnya.
Tanpa dipinta air matanya mengalir laju.
Keesokan paginya, Fazura sengaja datang awal ke sekolah kerana dia ingin membaca buku di dalam kelas. Tiba sahaja di kelas ,dia dapati hanya dia yang berada di situ.
Dia tidak menjenguk ke kelas Azmi kerana dia yakin Azmi belum sampai lagi. Selepas meletakkan beg di atas meja, dia melangkah ingin pergi ke tandas. Ketika ingin melangkah mendaki tangga cuping telinganya menangkap satu suara yang cukup dikenali.
Perlahan-lahan dia menghampiri arah suara itu datang. Ternyata suara itu datang dari sebelah kelasnya iaitu kelas Azmi.
“Sampai bila awak nak mainkan budak lurus bendul itu?”
“Sampai saya tak perlukan dia lagi. Lagipun kalau saya putus dengan dia, siapa nak tolong buatkan semua kerja? Awak bukan nak tolong pun. Lagipun saya dah lama berdendam dengan Iqram kerana dia selalu menjadi pelajar terbaik. Semua guru nak samakan saya dengan dia.
Kalau saya putus hubungan dengan Fazura, mesti Iqram naik daun. Lagipun…
Bicara Azmi terhenti tatkala melihat Fazura
Fazura tersentak dengan perbualan yang didengarnya. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang dicintai dan dipuja selama ini rupa-rupanya tidak pernah ikhlas mencintainya.
Tanpa menunggu lama, dia terus berlari laju menuju ke tandas. Di sana dia meluahkan segala yang terbuku di kalbu. Dia menangis semahunya.
Masa berlalu pergi… Walaupun dia dengan Azmi saling bertemu di sekolah namun sejak berpisah, belum pernah mereka berbicara walau sepatahpun.
Bagi Fazura ,dia nekad melepaskan cinta itu pergi kerana cinta itu hanya dia yang merasa. Betul kata Iqram. Ini bukan masanya untuk saya termenung dan menangis tanpa memikirkan masa hadapan.
Masa semakin suntuk…
Aku perlu melakukan sesuatu untuk menebus semua masa yang telah aku abaikan bersama Azmi dahulu. Sekarang aku bertekad. Tiada lagi cinta selagi cita-citaku untuk menjadi seorang peguam belum tercapai.
Untuk itu, aku perlu belajar dengan lebih tekun. Iqram, sahabat sejatiku sudi membantuku. Kami belajar bersama-sama hampir setiap waktu.
“Fazura, suatu hari nanti aku pasti akan meluahkan perasaan ini, tapi untuk sementara waktu biarlah perasaan ini menjadi rahsiaku sendiri kerana aku tidak mahu menjejaskan pelajaran untuk cinta yang belum pasti.”
“CINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM KITA MENCINTAI ORANG LAIN”
PERINGATAN: JIKA CINTA ITU MENYUSAHKAN DAN MENGHILANGKAN TUMPUAN TERHADAP PELAJARAN, ADALAH LEBIH BAIK KITA BIARKAN CINTA ITU PERGI...
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment