Wartawan: Assalamualaikum cikgu.Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual. Sebelum kami mengemukakan soalan, apakah objektif mengadakan Bulan Bidang ini khususnya untuk bahasa Melayu?
Pn. Norjannah: Waalaikumsalam.Objektif Bulan Bidang ini diadakan adalah untuk mencungkil idea dan bakat pelajar,mengaplikasikan dan menguasai konsep bahasa,memperkasakan bahasa kebangsaan dan memupuk nilai murni dalam diri pelajar.Aktiviti ini dijalankan pada waktu sekolah, dibuka kepada semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Wartawan: Bolehkah kami tahu biodata dan latar belakang pendidikan puan?
Pn.Norjannah: Saya mendapat pendidkan peringkat menengah di SMK Sri Muara Bagan Dato’, Perak.Kemudian saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Padang, Sumatera. Selepas tamat pengajian, saya ditempatkan untuk berkhidmat di SMK Setiawan, Perak.Selepas beberapa tahun bekerja di situ, saya ditukarkan pula ke SMK Seri Garing, tempat saya mengajar kini. Tahun 1990 hingga 2008 merupakan tempoh masa saya menjadi seorang pendidik dan jika dicongak sudah 17 tahun saya dalam bidang pendidikan ini.
Wartawan: Apakah cabaran yang puan hadapi sebagai seorang pendidik?
Pn. Norjannah: Terlalu banyak cabaran yang saya lalui antaranya apabila mahu mendapatkan dan melahirkan calon-calon murid yang berkaliber dalam bidang sastera dan bahasa.
Wartawan: Sejak bilakah puan dilantik sebagai Guru Bidang Bahasa di sekolah ini?
Pn. Norjannah: Saya dilantik sebagai Guru Bidang Bahasa pada tahun 2006.
Wartawan: Kalau puan tidak keberatan,bolehkah cikgu berkongsi apakah tanggungjawab seorang Guru Bidang Bahasa ?
Pn. Norjannah: Sebagai seorang Guru Bidang Bahasa.saya menjadi seorang ketua yang akan memantau guru-guru di bawah bidang bahasa ini.Di bawah pengawalan saya termasuklah Panitia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa Cina ,Panitia Bahasa Tamil,English Science Technology ,Pengajian Am dan AMBM (menengah rendah) Pengajian Am,(Tingkatan 6), dan English Science Technology.
Wartawan: Apakah prinsip yang puan pegang sebagai seorang pendidik?
Pn.Norjannah: Prinsip saya ialah ketegasan, kasih sayang dan mesti mencapai matlamat. Bagi saya, sebagai seorang pendidik, saya perlu melahirkan pelajar yang memenuhi kriteria dan mesti mempunyai kualiti walaupun kuantiti pelajar-pelajar seperti ini sedikit bilangannya di sesebuah sekolah.
Wartawan: Apakah cadangan puan untuk meningkatkan peratus kelulusan Bahasa Malaysia di sekolah kita?
Pn Norjannah: Banyak program intensif yang telah kita lakukan dan didapati berkesan kepada pelajar-pelajar seperti klinik bahasa, ditambah pula dengan program anak angkat dan mentor-mentee kepada pelajar yang menjadi sasaran sahaja. Program ini telah dilaksanakan dan ternyata berkesan kepada pelajar SPM pada tahun 2007.
Wartawan: Sebagai seorang guru Bidang Bahasa, apakah harapan puan mengenai prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada masa akan datang?
Pn.Norjannah: Saya berharap agar mencapai keputusan 100% lulus dalam semua peperiksaan. Saya ingin melihat bidang akademik dapat mencapai peringkat lonjatan saujana seperti yang telah dilakukan dalam bidang kokurikulum. Saya juga ingin memastikan pelajar berjaya dalam kedua-dua bidang (akedemik dan kokurikulum). Paling penting saya mahu kegemilangan SEGAR dikembalikan semula seperti suatu ketika dahulu.
Wartawan: Apakah pencapaian terbaik yang pernah puan perolehi sepanjang tempoh puan sebagai seorang pendidik?
Pn Norjannah: Saya telah mendapat dua kali anugerah cemerlang dalam tempoh perkhidmatan saya sebagai pendidik. Anugerah pertama pada tahun 1996 ketika saya mengajar di sekolah lama dan anugerah kedua diterima pada tahun 2004 sewaktu saya berkhidmat di sekolah ini ketika memegang jawatan setiausaha peperiksaan dalaman. Anugerah ini tidak penting tetapi tugas yang penting bagi saya adalah terus melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan pendidikan ini.
Wartawan: Apakah nasihat puan kepada pelajar yang berminat menjadi pendidik?
Pn. Norjannah: Nasihat saya adalah jika ingin menjadi seorang pendidik perlu ada jiwa sebagai pendidik yang tekun. Bagi saya bidang pendidik dapat menyumbang idea dan kemampuan yang ada pada anak bangsa. Guru merupakan golongan penting kerana tanpa guru tiada bidang-bidang lain dapat diwujudkan. Tugas guru merupakan cabaran yang besar kerana kita berhadapan dengan ramai orang dan apabila timbul sesuatu masalah semua pihak akan menuding jari kepada pendidik.
Wartawan: Baiklah puan, kami rasa segala persoalan telah terjawab. Terima kasih atas kerjasama dan kesudian puan untuk berkongsi pengalaman dengan kami.
Pn. Norjannah: Sama-sama
.
Tuesday, August 5, 2008
CERITA 1
Hari itu ustaz mengajar anak -anak muridnya tentang wuduk. Ustaz pun memberitahu rukun-rukun wuduk dan perkara perkara yang membatalkannya. Setelah itu ustaz mengajar muridnya cara hendak berwuduk menggunakan air paip. Muridnya melihat perlakuan ustaz , kemudian mereka berwuduk sendiri.
Walaubagaimanapun ada seorang murid namanya Mohd. Shahrizal mengambil wuduk sebanyak 2 kali. Pelik juga ustaz , mazhab mana pulak budak ini ikut. Mazhab kerajaan langit ke?.Orang ambil wuduk sekali dia sampai 2 kali. Lantas ustaz pun bertanya…….
“Shahrizal, kenapa awak ambil wuduk sampai 2 kali? Sekali cukuplah.”
“buat ‘reserve’ ustaz!” jawab Shahrizal, “kalau terkentut ada wuduk yang satu lagi.”
Ustaz”AARRGGGGGGHHHHHHH…?????
Cerita 2
Bapa: Alan kenapa teruk sangat ujian Matematik engkau bulan ni?
Alan: Cikgulah punya pasal .
Bapa: Cikgu???
Alan: Ha’ah cikgu. Hari isnin cikgu cakap 1 + 7 sama dengan 8
Bapa: Betullah tu.
Alan: Kalau betul , kenapa hari Selasa cikgu cakap 5 + 3 sama dengan 8. Hari Rabu lain pulak 6 + 2 sama dengan 8. Kalau cikgu pun tak tau mana satu yang betul , Alan lagilah tak tahu..
Bapa: THAT’S MY SON….

Cerpen Lisa
Pada batu besar itu, Lisa duduk seorang diri mengenang nasibnya. Percikan air laut yang menampar batu besar itu mengenai pipi mulusnya. Dia membiarkan air laut barat daya itu membelai tubuhnya. Dia mendongak ke dada langit, kelihatan beberapa ekor burung sedang berterbangan dengan riangnya. Lisa tersenyum kecil. Matanya kini terarah pada kaki langit yang jauh nun di sana. Dia seolah-olah dapat melihat zaman persekolahannya yang sudah di tinggalkan beberapa tahun dahulu. Siapa tahu, anak seorang nelayan yang dulunya terpaksa mengharungi pahit maung kehidupan kini ialah seorang doktor pakar di sebuah hospital yang terkenal di Kuala Lumpur. Tanpa dipinta, fikirannya menerewang pada peristiwa beberapa tahun lalu.
“Tapi ayah, tahun depan dah SPM. Tak kan Lisa nak berhenti separuh jalan?”. Dengan suara yang sayu, Lisa memberanikan diri untuk bersuara. “Ayah peduli apa dengan SPM kau. Persetankan itu semua. Ingat Lisa, kau tu peremuan. Kalau dah namanya perempuan, belajar tinggi mana pun, ke dapur juga perginya”.
Pak Daud tegas dengan pendiriannya. Dia tidak mahu Lisa meneruskan pelajarannya. Dia tidak ingin Lisa membuang masa dan menghabiskan duitnya hanya untuk mencapai cita-citanya yang belum pasti.
“Kenapa ayah tak nak faham?”. Lisa bersuara sayu. Dia betul-betul kecewa dengan pendirian ayahnya.
“Siapa yang tak faham? Lisa atau ayah? Apa Lisa lupa, dulu ayah membanting tulang mencari rezeki. Untuk apa? Ayah nak lihat anak-anak ayah berjaya. Tapi apa yang kakak kamu lakukan? Dia menconteng arang ke muka ayah. Kononnya belajar di universiti. Lisa tahu tak apa yang ayah harapkan sekembalinya dia dari universiti? Ayah harapkan dia pulang bersama segulung ijazah. Tapi apa yang berlaku?”. Pak Daud tidak meneruskan kata-katanya. Lisa tunduk memandang lantai usang rumah mereka. Dia sedar ayahnya terluka dengan sikap kakaknya. Kak Mastura mengandung hasil keterlanjurannya dengan seorang lelaki yang juga rakan universitinya. Kerana kecewa dengan sikap kakak, ayah menghalaunya dengan perut yang masih memboyot. Peristiwa itu sudah dua tahun berlalu. Sehingga kini, mereka tidak pernah tahu akan keadaan kak Mastura.
“Tapi Lisa bukan kakak. Lisa janji dengan ayah, Lisa akan berjaya suatu hari nanti. Lisa akan buktikan. Percayalah ayah. Lisa tak akan kecewakan ayah.” Dengan penuh berhati-hati, Lisa menutup mata. Dia berharap agar kata-katanya bisa melembutkan hati ayahnya, seterusnya membenarkan dia untuk terus belajar.
Tidak dinafikan hati Pak Daud sedikit tersentuh dengan kata-kata anak bongsunya itu. Dia cuma mempunyai dua orang anak. Kedua-duanya perempuan. Setelah anak sulungnya
membuat onar, hatinya betul-betul kecewa. Kerana peristiwa itu, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Hatinya yang tadi mulai lembut kembali membara apabila terkenangkan perbuatan Mastura.
“Ayah tak peduli. Kenapa kau ni degil sangat ni?”. Herdikan Pak Daud makin lantang. Lisa terkedu. Kecut perutnya mendengar herdikan ayahnya. Bukan dia tidak biasa, tetapi kali ini dia dapat merasakan kemarahan ayahnya sudah sampai ke kemuncak.
“Tapi ayah...” Lisa cuba untuk merayu. Dia mendekati ayahnya. Dengan penuh berhati-hati dia mencapai tangan kasar ayahnya, lalu dikucup penuh kasih sayang.
“Berilah Lisa peluang untuk buktikan...” Belum sempat Lisa menghabiskan kata, Pak Daud terus merentap tangannya.
“Oh... Kau nak berdegil dengan ayah ya?”. Dengan pantas Pak Daud melangkah. Dalam pandangan yang kabur dek air mata, jelas sekali pada penglihatannya Pak Daud sedang meluru masuk ke biliknya. Lisa dan ibunya , Puan Siti saling berpandangan. Puan Siti yang sebentar tadi menjadi pemerhati mulai kecut perut. Bukan dia tidak mahu membela anaknya, tetapi dia sudah terlebih dahulu diberi amaran oleh suaminya supaya tidak masuk campur. Sebagai seorang ibu, dia akui turut terluka.
“Pakkk!” Tiba –tiba Lisa dan ibunya dikejutkan dengan beberapa buah buku teks tingkatan lima yang baru diperolehnya semalam. Buku-buku tersebut dihumban ke lantai. “Ayah nak kau pulangkan buku-buku ni esok. Kalau tak ayah bakar semuanya”.
Tangis Lisa makin jelas. Dengan pantas dia meluru ke arah buku-buku teksnya dan menyusunnya rapi. Air matanya mengalir laju.
“Abang, abang dah melampau”.
Entah dari mana kudrat itu datang, Puan Siti tiba-tiba sahaja menjadi berani untuk bersuara.
“Kau diam! Abang dah beri amaran. Jangan masuk campur. Ini antara abang dengan Lisa”. Kini giliran Puan Siti pula menerima herdikan.
“Kenapa tidak? Lisa juga anak saya. Sebagai seorang ibu, saya tak tahan hanya menjadi pemerhati. Siti tahu abang terluka. Siti tahu abang kecewa. Tapi abang jangan lupa, Siti ni ibu mereka. Siti lebih terluka bang, dan Siti lebih terluka dengan sikap abang. Mana janji-janji abang dulu yang kononnya akan menjadi suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab ke atas anak-anak kita?”. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya Puan Siti memuntahkan semuanya. Pak Daud menundukkan kepalanya.
“Abang cuma mahukan yang terbaik untuk mereka. Abang tak nak peristiwa lalu berulang kembali”. Kali ini nada Pak Daud agak rendah dan penuh dengan rasa kecewa. Lisa duduk di atas lantai sambil menyusun buku-bukunya. Perlahan-lahan dia mendongak memandang wajah tua ayahnya. “Ayah, Lisa faham perasaan ayah. Tapi hanya satu yang Lisa pinta. Kalau Lisa boleh memahami perasaan ayah, kenapa tidak ayah? Ayah kata nak yang terbaik daripada kami, daripada Lisa. Tapi ayah lupa. Ayah lupa untuk memberikan Lisa peluang untuk membuktikan semua tu. Ayah cakap dengan Lisa, macam mana Lisa nak buktikan yang Lisa boleh berjaya suatu hari nanti kalau ayah sekat perjalanan Lisa?”. Dengan air mata yang masih mengalir laju dan bahu yang terhinjut-hinjut, Lisa meluahkan rasa hatinya. Pak Daud duduk di atas bangku kayu di ruang tamu.
“Baik, kalau itu yang Lisa mahu, ayah beri peluang. Tapi ingat, sekali Lisa kecewakan ayah, ayah tak akan mengaku Lisa sebagai anak”. Walaupun kata-kata itu berbaur ugutan, namun Lisa masih tersenyum lebar. Serta-merta, hilang semua rasa kecewanya.
Minggu berganti minggu, cuti persekolahan pun tiba. Dia akan menghabiskan masanya untuk mencari rezeki. Pada waktu subuh, dia akan membantu Puan Siti membuat kuih untuk dijual di warung Pak Mamat. Pada waktu pagi sekitar pukul 7 hingga 7 petang, Lisa bekerja di warung Pak Mamat sebagai pelayan. Sekembalinya dia ke rumah, dia akan menghabiskan sisa masanya untuk mengulangkaji pelajaran. Begitulah kehidupannya sepanjang cuti itu.
“Lisa, Lisa buat apa berdiri seorang-seorang kat situ? Baliklah. Dah nak Maghrib ni”.
Lisa menoleh apabila menyedari ada satu suara menegurnya dari belakang.
SERMAHAL KPB 2008

BAHASA INGGERISa
BAHASA MELAYU(BM)
CONTOH PENGGUNAAN
Check off
Menyemak
B.I:The
stockiest checked off her order list item by item.
B.M:stokes itu menyemak senarai pesananya satu persatu.
Check through
Menyemak / memeriksa
B.I:The treasure was cheeking through the accounts of the association.
B.M: bendahari sedang memeriksa akaun persatuan
Check up on
Menyiasat tentang
B.I: They checked upon him before giving him the job
B.M: Mereka menyiasat tentang lelaki itu sebelum
memberinya kerja
Check-up
Pemeriksaan doktor
B.I: You should go for a check-up next week.
B.M: Awak seharusnya mendapatkan pemeriksaan doktor pada
minggu hadapan.

Pencemaran Bahasa Yang Tiada Penghujungnya
Pencemaran bahasa Melayu merupakan krisis yang amat membimbangkan berlaku di negara kita. Dari sehari ke sehari masalah ini semakin meruncing dan memberikan pelbagai kesan kepada bahasa ibunda orang Melayu. Pencemaran bahasa bukan sahaja merendahkan taraf bahasa Melayu tetapi menggambarkan bahawa masyarakat Melayu sendiri gagal berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda dengan baik.
Penggunaan bahasa rojak iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa asing yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu. Bahasa rojak sememangnya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Penggunaan perkataan Inggeris yang diselitkan dalam pertuturan juga bukan sesuatu yang asing bagi kita semua. Dalam pertuturan masyarakat khususnya orang Melayu banyak menggunakan perkataan seperti “you nak pergi mana?” atau “kereta aku breakdown” seolah-olah memperlekehkan bahasa mereka sendiri.
Selain itu, penutur bahasa Melayu juga menggunakan bahasa Melayu yang tunggang-langgang apabila bertutur dengan individu yang kurang mahir berbahasa Melayu yang kebiasaannya orang bukan Melayu. Sebagai contoh yang jelas kebanyakan penutur apabila menanyakan sesuatu kepada penutur lain yang bukan Melayu atau kurang mahir berbahasa “lu mahu mana pergi” atau “ini macam kalau saya tak mau belilah”. Sikap atau gaya pertuturan seperti ini seolah-olah menggalakkan seseorang yang kurang mahir bertutur dengan salah dan secara tidak langsung akan menyebabkan penguasaan bahasa Melayu yang lemah kepada golongan ini.
Kemajuan teknologi moden dalam berkomunikasi juga menyumbang kepada krisis pencemaran bahasa. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), ruangan blog dan juga ruang sembang di internet menyebabkan pencemaran bahasa semakin meruncing khususnya dalam kalangan remaja. Mereka bukan sahaja menggunakan bahasa rojak dan memperlihatkan percampuran kod yang sangat ketara tetapi juga banyak menggunakan singkatan. Sebagai contoh; “biler nk pegi party?”, “ko ni kejam giler” dan “kite x pegi naik kete aku pulak”. Dengan jelas perkataan ‘hendak’ dieja ‘nk’, ‘pergi’ kepada ‘pegi’, ‘engkau’ menjadi ‘ko’ dan seterusnya ‘x’ untuk ‘tidak’. Mereka juga kerap menambah fonem seperti /r/ dan /k/.
Pencemaran bahasa tidak terhenti setakat itu sahaja. Penggunaan bahasa yang salah dari aspek tatabahasa dalam iklan komersial di televisyen dan papan-papan iklan menampakkan seolah-olah bahasa Melayu dipersendakan dan dikomersialkan serta pihak yang berkenaan tidak memandang serius akan penggunaan tatabahasa. Perkataan seperti “jom pizza” dan “kopi kaw” kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah individu yang baru mempelajari bahasa Melayu seterusnya menyebabkan penggunaan istilah-istilah ini oleh mereka dan hal ini mencemarkan bahasa kita.
Pencemaran bahasa jelas memberikan impak negatif khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Para pelajar terbawa-bawa dengan penggunaan bahasa dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dalam penulisan. Masalah ini menjadi punca kemerosotan dalam prestasi penulisan para pelajar khususnya dalam peperiksaan penting seperti PMR dan SPM tidak ketinggalan juga para pelajar yang menduduki kertas Bahasa Melayu untuk peperiksaan STPM. Pencemaran bahasa dalam konteks ini bukan sahaja memberi kesan terhadap tahap penguasaan para pelajar dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa Inggeris.
Pencemaran bahasa ini wajar dianggap keji kerana kesannya kepada bahasa ibunda kita yang dahulunya menjadi kebanggaan kepada rumpun nusantara amatlah besar. Sebagai individu khususnya orang Melayu, kita sepatutnya memikul tanggungjawab memelihara taraf dan kedaulatan bahasa Melayu agar bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan orang Melayu semenjak zaman kesultanan Melaka ini tidak hilang nilai estetikanya dan terus maju menjadi lambang keintelektualan bukan sahaja kepada orang-orang Melayu tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang menuturkan bahasa Melayu.

Tokoh Edisi Pertama
Usman Awang
Dato’ Usman Awang dilahirkan di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor,
(12 Julai 1929). Beliau menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1983 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Antara anugerah lain diterima beliau ialah Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A: Write Award (1982), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya (1983) dan Anugerah Penyair Johor (1995). Terkenal dengan nama pena seperti Tongkat Warran, Setiabudi, Manis, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni, Zaini dan U.A. Beliau ialah seorang penyajak, penyair dan ahli drama yang terkenal dengan karya berunsur kemanusiaan. Pada beliau “Sastera itu ditulis oleh penulis sebagai manusia yang hidup dan terlibat dengan keadaan dan zamannya”. Begitulah ungkapan pemikiran oleh Usman Awang.
Perang Jepun yang meletus pada tahun 1941 telah meyebabkan pendidikan beliau terhenti setakat darjah 6 sahaja. Perang Jepun memaksa sekolah ditutup dan beliau telah menjadi petani selama kira-kira dua tahun di Singapura. Pernah menjalani di Depot Polis Johor Baru pada awal 1946 dan selepas sembilan bulan menjalani latihan beiau dihantar bertugas di Melaka. Beliau mula menulis rencana dengan mengisi ruagan khas Pasukan Keselamatan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1949.
Semasa hayatnya beliau merupakan tokoh sasterawan generasi ASAS ‘50 yang terkemuka. Pada waktu itu, karya-karya beliau banyak membangkitkan isu-isu kesedaran bangsa ke arah kemajuan. Salah satu ungkapan beliau ialah “Menghidup dan mengembangkan kesusasteraan Melayu bererti menghidupkan dan memajukan bangsa Melayu” beginilah pendapat beliau tentang kesusasteraan Melayu.
Menurut panel Anugerah Sastera Negara (1983), Usman Awang merupakan sumber inspirasi para penyair dari dekad ke dekad kerana hasil penulisan beliau mempunayai tarikan dan karisma yang menjadikan beliau teguh seperti sebuah institusi. Allahyarham Dato’ Usman Awang telah pulang ke rahmatullah pada 29 November 2001 dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bersama-sama seorang sasterawan tersohor negara iaitu Keris Mas.

Subscribe to:
Posts (Atom)